Bayi 38 Hari Terkejut Mercun Jiran, Sawan & Akhirnya Pergi Selamamya


Keseronokan berkumpul dengan sanak saudara di Hari Raya Aidilfitri turut dimeriahkan dengan aktiviti bermain mercun. Namun bagi seorang lelaki bernama Astunggal berusia 53 tahun, tindakan dia menyalakan objek terbabit mungkin menjadi kenangan pahit yang sukar dilupakan sampai bila-bila.

BACA : Paru-Paru Kecut, Lagi Berita Sedih Bayi Usia Setahun Tewas Asbab Strok Haba

Ibu, ayah & bayi sedang berehat di bilik tidur

Pada malam raya iaitu 22 April lalu, anak jirannya (selang 3 buah rumah) yang baru berumur 38 hari mengalami sawan teruk setelah mendengar bunyi mercun yang meletus pada jam 8 malam. Difahamkan, ibu ayah bersama bayi tersebut sedang berehat dalam bilik tidur saat ia berlaku.


Kredit Foto : Detik.com

Bayi alami sawan, mata tertutup, lidah terbalik

Selain kesukaran bernafas, mata kanan bayi itu tertutup rapat dan lidahnya juga mula terbalik kaku ke atas. Si ibu yang saat itu belum mengesyaki apa-apa ada cuba memberikan susu badan, namun tidak berhasil. Lantaran keadaan si kecil itu semakin memburuk, mereka bergegas ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut. Sepanjang ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU), bayi berkenaan berada dalam keadaan koma sebelum pergi selamanya 6 hari kemudian. Tidak pernah terhantuk sebelum ini, doktor mengesahkan pemergian si kecil itu disebabkan oleh impak ‘kejutan’ teruk pada otaknya.

Awalnya pelaku enggan minta maaf…Lepas 9 hari baru datang rumah minta maaf

Astunggal menjelaskan cuma mahu meraikan suasana Aidilfitri di mana anak buah dan cucunya datang membawa mercun. Katanya waktu itu, masih banyak lagi rumah lain menyalakan mercun masing-masing. Awalnya pihak keluarga bayi terkilan kerana Astunggal langsung tidak datang meminta maaf. Hanya selepas dipanggil oleh ketua kampung, barulah dia datang membawa salam damai itu pun sekadar di hadapan pintu.


Comments