- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
SEJAK hari pertama pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin dengan Ira Kazar, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail berterusan menulis komen tidak merestui hubungan itu.
Terbaharu, komen Patimah sekali lagi menjadi perhatian apabila menegaskan dia dan suami iaitu Datuk Yusof Haslam tidak berbesankan Kazar Saisi.
"Besan kami En. Megat Kamaruddin bukan dia," katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.
Kenyataan Datin Fatimah di ruang komen Instagram mStar.
Patimah meninggalkan komen itu merujuk kepada artikel mengenai Yusof yang enggan bertemu dengan pelakon Kazar bagi membincangkan mengenai perkahwinan anak mereka.
Sehubungan itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Patimah sekali gus kagum dengan cara wanita itu membela nasib menantunya iaitu Puteri Sarah.
"Terbaik Datin! Untung Puteri Sarah dapat mentua sebaik datin. Saya harap datin terus kuat.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ada fasal nak cari dia” - Yusof Haslam tiada perancangan jumpa Kazar Kaisi, letih isu Syamsul kahwin dua
ARTIKEL BERAKITAN: Ibu ‘throwback’ gambar lama Syamsul dan Puteri Sarah... Tak maafkan individu cuba runtuh rumah tangga orang
"Semoga datin dan Puteri Sarah diberi kekuatan. Harap sangat datin terus menyokong dia.
"Dari sini kita nampak Puteri Sarah sangat disayangi. Dia mesti seorang menantu yang baik dan menghormati. Mak Syamsul sendiri pun tak sokong anak dia," antara komen netizen.
Menurut laporan mStar pada Ahad, Yusof berkata tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa dengan Kazar.
Datuk Yusof Haslam enggan komen kenyataan isteri.
Dia juga enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya yang tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.
Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri itu sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment