Puteri Sarah Bagi Greenlight Pada Wanita Ini Untuk Dijadikan Isteri ke-3, Tapi Tengok Dia Respond Memang Kesian Kat Sol…



PETALING JAYA – Isteri pertama pelakon terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana memberikan ‘green light’ (kebenaran) kepada seorang wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga suaminya.

Menerusi hantaran di akaun Instagram wanita yang dikenali sebagai @ mexxrenn_, dia berkata dengan adanya ‘green light’ tersebut maka dia boleh meneruskan misi yang diuar-uarkannya sebelum ini.

“Saya ada berita gembira untuk seluruh rakyat Malaysia, Puteri Sarah isteri pertama kepada Syamsul Yusof telah memberikan ‘green light’ kepada saya untuk menjadi isteri ketiga.

“Kepada yang lain, sila berundur kerana anda tidak ada ‘green light’. Saya akan jalankan tanggungjawab sebagai ‘penyondol’ supaya Ira Kazar tahu bagaimana suami dirampas. Baru keluarga dia tahu ini masalah kecil atau besar,” katanya di dalam video tersebut.

Walau bagaimanapun, di penghujung video berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa tindakannya adalah sekadar gurauan dan hanya ingin melepaskan amarahnya terhadap perbuatan Ira Kazar.

Jelasnya, dia kasihan melihat Puteri Sarah yang mempunyai dua orang anak dan diperlakukan sedemikian oleh orang ketiga.

Dalam pada itu, @mexxrenn_ turut mendoakan agar Puteri Sarah tetap kuat mengharungi dugaan dalam rumahtangga dan tidak mempedulikan kata-kata orang lain.

“Kepada penyondol di luar sana, sebelum layan suami org tolonglah berfikir dahulu. Kepada siapa yang sokong saya jadi isteri ketiga itu, kalau ada rezeki adalah,” usiknya.

Terdahulu, video wanita tersebut yang dimuat naik di TikTok, tular ekoran hasratnya untuk menjadi isteri ketiga Syamsul menerima maklum balas menggalakkan daripada netizen.

Video itu sekali gus mendapat perhatian Puteri Sarah yang meninggalkan komen “ini saya setuju” menunjukkan dia ‘merestui’ hasrat wanita tersebut. – KOSMO! ONLINE

Comments