- Get link
- X
- Other Apps
“TAK PERNAH BERUBAH,VIDEO ALIFF AZIZ KANTOI CUR4NG LAGI!” BELLA SIBVK CARI REZEKI,SUAMI SIBUK DENGAN BET1NA LAIN
- Get link
- X
- Other Apps
PENYANYI, Bella Astillah, 23, yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, mendedahkan mengenai kecur4ngan suaminya dengan seorang pelakon wanita.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah menerusi akaun Instagramnya memuat naik paparan skrin perbualan antara dirinya dengan seorang peminat yang dikatakan melihat aksi cur4ng suaminya dan didakwa m4buk di sebuah kelab malam baru-baru ini.
Bella ketika dihubungi berkata, dia sedang berbicara dengan ibu mentuanya mengenai perkara berkenaan.
“Maaf, saya tak dapat jawab panggilan buat masa sekarang sebab sedang berbual dengan Umi (ibu) Aliff,” katanya kepada Harian Metro.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella meluahkan isi hatinya yang kecewa apabila peluang kedua diberikan sebelum ini, seolah-olah dipersiakan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang itu.
“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang kepada dia sebab setiap manusia membuat kesilapan dan sebab saya pandang kepada anak.
“Tapi, apa yang saya lalui selama ini, kalian takkan dapat bayangkan,” tulisnya di Instagram.
Menurutnya, dia mengenal pasti kecur4ngan suaminya itu selepas Aliff selesai menjalani penggambaran telefilem.
“Selepas Aliff habis menjalani penggambaran telefilem baru-baru ini, dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam telefilem itu.
“Dua hari sebelum habis penggambaran, dia dah mula berkelakuan aneh contohnya menukar kata laluan telefon dan apabila saya paksa buka telefon, dia buka. Tapi, dia padam perbualan WhatsApp dengan pelakon wanita itu,” katanya.
Bella juga menjelaskan bahawa dia sendiri sudah bersemuka dengan suaminya dan pelakon wanita berkenaan berkaitan isu itu.
“Saya nak kepastian, jadi saya hubungi pelakon wanita itu yang menafikan ada hubungan dengan suami malah meminta kebenaran untuk memberi nasihat kepada Aliff,” katanya.
Namun kata Bella, dia bersyukur kerana Allah SWT cepat memberi jawapan kepada kesangsian mengenai keadaan rumah tangganya.
Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon wanita ketika menjalani penggambaran bersama.
lla dan Aliff berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Mohamad Ayden Adrean dan perempuan Ara Adreanna.
Sumber : metro / lawakmalaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment