- Get link
- X
- Other Apps
Akhirnya Bella Buka Mulut Sebab Kenapa Dia Padam Screenshot Sophia Di Instagram. Harap Bella Tabah. Min Sokong Bella!
- Get link
- X
- Other Apps
Tidak mahu memanjangkan lagi kontroversi melanda rumah tangganya dengan Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi Bella Astillahbertindak memadam perbualannya dengan Sophia Albarakbah di Instagram.
Memetik mStar Online, Bella berkata Aliff sudah pun memberi penjelasan mengenai isu tersebut dan ramai sudah melihat perkongsian tersebut serta tidak mahu bercakap lagi tentang hal berkenaan.
“Saya rasa semua orang pun dah tengok hantaran yang saya muat naik itu. Jadi saya rasa cukuplah Aliff pun sudah berikan kenyataan. Saya tak mahu lagi bercakap tentang soal itu,” katanya.
Menurut Bella lagi, dia mahu memberi tumpuan dalam bidang nyanyian serta meraikan kemenangan selepas dinobat tempat ketiga dalam Famili Duo bersama Wanie Kayrie.
“Saya mahu raikan bersama Wanie atas kejayaan kami dapat tempat ketiga dalam program Famili Duo. Selepas ini, saya hanya mahu berikan tumpuan dalam bidang muzik.
“Famili Duo banyak memberi pengalaman baru sekaligus dapat menonjolkan kemampuan saya sebagai penyanyi,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Bella mendedahkan mengenai seorang pelakon wanita yang tersuka dengan suaminya. Malah, Aliff Aziz mengesahkan wanita tersebut adalah Sophia AlBarakbah.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment