Diam Diam Menangis Tengok Video Arw4h Ayah, Air Mata Bukti Si Kecil Rindukan Ayah

 


Kehilangan insan tersayang pastinya memberi kesan kepada kita. Rasa rindu yang tidak berkesudahan ketika mengenang segala memori ketika bersama akan membuatkan kita menjadi sedih.

Bukan mudah untuk melupakan terutamanya jika anak yang masih kecil kehilangan ibu atau ayah. Mungkin sedikit sukar untuk memahami situasi jadi sering teringat dan terkenangkan insan yang telah ‘pergi’.

Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @omokgendut18, kelihatan seorang kanak-kanak sedang melihat sesuatu di handphone sehingga mengalirkan air mata.

Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama

Tidak berkata apa-apa, dia hanya senyap dan matanya fokus melihat di skrin handphone. Kemudian air matanya mengalir menunjukkan betapa dia sedang merindukan seseorang.

“Mokkk.. Kamu rindu ayah ke? Dikkk… Kamu rindu ayah ke?”.

Jom tengok video ini;

Tidak menjawab soalan yang diajukan, dia hanya mengangkat mukanya sambil menangis. Menurut kapsyen pada video, dia sedang menonton video arwah ayahnya.

Memang jelas sekali kerinduan adik ini terhadap ayahnya. Pasti banyak kenangan mereka sekeluarga yang menjadi pengubat rindu sekiranya mereka teringat pada arwah.

Antara komen yang ditinggalkan warganet;

Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama

Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama

Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama

Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama

Semoga mereka sekeluarga tabah menjalani ujian berat ini. Bukan mudah melalui saat-saat kehilangan insan tersayang, pasti sentiasa merindui. Menurut perkongsian ibunya, adik ini sudah mulai faham mengapa ayahnya tidak akan pulang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ayah adik ini.

Comments