- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Kehadiran zuriat adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh pasangan suami isteri, begitu juga dengan penyanyi rock pujaan ramai, Ella.
Baru-baru ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa Ella sedang hamil, berikutan penyanyi rock tersebut nampak sedikit berisi dan nampak berseri.
Badan berisi? Ella hamil?
Bagaimana pun, Ella memaklumkan bahawa dia tidak mengandung, sebaliknya menyatakan bahawa berat badannya memang mudah naik bergantung kepada keadaan.
Ella dah rancang nak ada anak
Akan tetapi, penyanyi itu tidak menolak kemungkinan untuk memiliki cahaya mata sendiri, apabila memberitahu dia pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Kami ada merancang nak dapatkan anak dan Ella juga pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), tapi kena betul-betul rehat. Jadual Ella pula terlalu penuh, macam mana…”
Sebagai rekod, Ella dan Azhar, memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Shanome Az Zahra Azhar. Semoga dimurahkan rezeki Ella serta suami, untuk menimang cahaya mata.
Sumber : Astro Gempak
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment