Sophia Albarakhbah Ni Rupanya Bukan Biasa2, Patut Berani Dekatkan Diri Dengan Suami Bella.

 


Sophia Albarakbah (lahir 15 Julai 1993), juga dikenali sebagai Sophia Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3]Antara kredit lakonan terkenal beliau ialah MiimalandPasal Kau!Tercipta Satu Ikatan(2020) dan Hadiah Dari Tuhan (2020).[4][5]

Sophia Albarakbah
Kelahiran15 Julai 1993(umur 29)
Nama lainSophia Koshka
PendidikanBioteknologi, Dietetik Klinikal dan Pemakanan
Pusat pendidikanUniversiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini

KerjayaSunting

Sophia Albarakbah pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18, beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan.[6] Sophia pertama kali menceburi bidang lakonan menerusi filem pertamanya, Miimalandyang dibintangi oleh Fattah Amin, dikeluarkan pada 24 September 2020. Beliau kemudian muncul pula menerusi filem Pasal Kau! yang ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober. Sophia mendapat peranan lakonan TV pertamanya menerusi drama Astro RiaTercipta Satu Ikatandengan memegang watak antagonis, Rissa. Ini diikuti oleh watak sebagai Bella dalam drama TV3Hadiah Dari Tuhan.[7] Sophia juga pernah menjadi model untuk muzik video Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti".

Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Cahaya Malaika lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz,[8] diikuti oleh watak lakonanya sebagai Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.[9]

Kehidupan peribadiSunting

Sophia berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab.[6] Beliau merupakan graduan dalam bidang Bioteknologi dan Dietetik di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).[6][10]

Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.[11]

Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu.[12]

Comments