- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pelakon dan juga ahli perniagaan, Boy Imanserta tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya.
Memetik Harian Metro, Boy Iman atau sebenarnya Noruliman A Rahman, Norazah Sahud, Norzana Rapie dan Nor Azmi Jantan, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
BACA: Boy Iman Mahu Tahu Sebab Gelaran Datuk Ditarik Balik
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan dan penyewaan tapak perniagaan sempena festival Hooray X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM1,500.
Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.
Namun, keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Syakir Mohamad Fauzi dan Earnest Azad memohon ikat jamin paling rendah kerana masing-masing mempunyai tanggungan.
Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sementara itu, memetik Kosmo, Boy Iman mendakwa dirinya teraniaya serta meminta untuk mendoakan buat dirinya.
“Doakan saya ya…teraniaya ni,” katanya.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment