- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Isteri pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan hasrat bagi menyambung pengajian ke luar negara jika biasiswa dipohon mendapat kelulusan.
Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 30 tahun itu berkata, dia tidak mahu menjadikan keadaan dirinya yang berbadan dua atau anak-anak sebagai penghalangbagi menggapai cita-cita.
“Mungkin dulu saya mengikut perintah suami, namun kini tiba masanya saya ingin mengejar cita-cita yang sudah lama tertangguh. Malah, sekiranya permohonan untuk mendapatkan biasiswa lulus, saya akan bawa anak-anak bersama.
“Rakan-rakan yang mengenali saya dulu pasti ingat bagaimana saya sedang hamil membawa perut ke kelas. Jadi, jika saya meletakkan hasrat untuk membuat sesuatu, pastinya saya tekad.
“Saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, namun sekiranya saya diberikan peluang untuk menyambung pelajaran, pastinya saya tidak mensia-siakan peluang itu,” katanya.
Nurul Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu berkata, dia juga menerima dengan tangan terbuka sekiranya terdapat pihak yang ingin menaja pengajiannya itu.
“Andai kata ada yang ingin menaja, saya terima dengan tangan terbuka,” ujarnya.
Terdahulu, dia memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu dipercayai berpunca daripada ‘penyondol’ yang mengganggu rumah tangga mereka.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment