Kerjaya Puteri Sarah Liyana, Bukan Calang2 Orang Weh!

 Puteri Sarah terlebih dahulu menjadi peragawati iklan bagi DiGi (kini CelcomDigi), F&N, AG2000 dan Nivea. Di awal penglibatannya, beliau menggunakan nama Sarah Kamaruddin untuk kerjayanya.[5] Kerjaya lakonannya bermula sebagai pelakon undangan untuk sitkom Dunia Anita yang disiarkan di TV3, seterusnya menjadi pelakon tambahan dalam filem Tipah Tertipu The Movie lakonan kumpulan Ruffedge. Beliau kemudian ditawarkan berlakon bersama Mawidalam filem Aduh Saliha arahan M. Nasir dengan melakonkan watak sebagai Saliha,[6][7] sebelum menarik diri berikutan filem itu gagal disiapkan mengikut jadual.[8][9]

Selepas itu, pada tahun 2010, beliau berlakon bersama pelawak Nabil Ahmad dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dengan memegang watak Natasya. Pada tahun itu juga, Puteri Sarah berlakon dalam beberapa drama TV yang semuanya disiarkan di TV3, antaranya ialah AsmardanaJanji Kekasih dan Tipah Vavavoom. Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai duta dan jurucakap Silky Girl.[10] Dari Oktober 2012 sehingga Mac 2013, beliau berlakon dalam drama Evolusi KL Drift: The Seriesyang diadaptasi dari filem 2008 bertajuk samaarahan dan lakonan Syamsul Yusof (kemudian menjadi suaminya). Menerusi drama ini, beliau memegang watak sebagai Tasha, seorang pelajar kolej yang dibesarkan dalam keluarga berada yang bermasalah, sering berkunjung ke kelab malam bagi melepaskan tekanan. Kehidupannya berubah selepas berkenalan dengan Zack.

Bekerja di bawah arahan Sabri Yunus, Puteri Sarah memegang watak tajuk dalam drama Sufiyah yang disiarkan di Astro Prima. Ia merupakan satu-satunya drama lakonannya bagi tahun 2013. Dua tahun kemudian, beliau berlakon drama pertama lakonannya selepas berkahwin dengan Syamsul Yusof pada Mac 2014, Cinta Berkalung Duri 2.[11] Pada tahun 2016, Puteri Sarah berlakon dalam dua filem, iaitu Usin UFOdan Radhi Rudy Bin Dadu. Akan tetapi, beliau mengambil keputusan untuk bersara dari bidang lakonannya bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya.[12]

Pada tahun 2021, selepas lima tahun berehat, Puteri Sarah kembali aktif dalam bidang lakonan dengan berlakon dalam drama Melastik Ke Hatimu sebagai Faida dan Sabarlah Duhai Hatisebagai Dian, yang kedua-duanya disiarkan di TV3 serta drama Ustazah Robotik untuk TV AlHijrah.[13] Pada Mac 2023, beliau menulis lagu pertamanya, "Terus" yang dinyanyikan oleh Sarah Fazny dan Zayani hasil nukilan Faizal Ulwi.[14]Beliau berlakon bersama Shukri Yahaya dan Hannah Delisha dalam drama adaptasi novel, Andai Itu Takdirnya dengan memegang watak Umairah.[15] Puteri Sarah juga bakal muncul dalam drama Hijrah Jannah dengan memegang watak Munirah.[16]

Comments