Selepas Beku, SPRM Sita 2 Akaun Bersatu

  Selepas Beku, SPRM Sita Dua Akaun Bank Bersatu


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas membekukannya pada Januari lepas.


SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan sita itu dibuat pada 11 April lepas setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.


“Sebelum ini, akaun-akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Jan lepas mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.


Baca: https://siakapkeli.my/2023/04/20/selepas-beku-sprm-sita-dua-akaun-bank-bersatu/

Comments