- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila tak jadi melafazkan cerai terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana.
BACA: Tak Jadi Cerai, Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Masih Suami Isteri
Memetik laporan Malaysia Gazette, terdapat kecacatan pada laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) sebelum ini menyebabkan proses lafaz cerai tak berjaya.
Difahamkan, sebelum ini mereka dah capai kata persetujuan untuk berpisah. Tetapi ada beberapa perkara yang ditentang Puteri Sarah antaranya, Puteri Sarah tak bersetuju dengan Syamsul Yusof yang mahu diskaun sehingga 30 peratus terhadap tuntutan nafkah anak dan mutaah. Selain itu, Syamsul juga mahu Puteri Sarah menggugurkan saman ke atas keluarga madunya, Ira Kazar.
Syamsul yang letak jumlah tuntutan nafkah anak-anak tapi hari ini meminta diskaun hingga 30 peratus. Untuk nafkah mutaah, apa yang saya minta tidak sampai RM1 juta dan dia mampu pun.
Jelas pelakon ini, dia tak akan menggugurkan saman terhadap keluarga Ira Kazar kerana kes itu dan kes cerai adalah isu berbeza.
Peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan prosiding akan diteruskan dengan laporan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei ini.
Kredit: Malaysia Gazette
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment