Syamsul Yusof & Puteri Sarah Tak Jadi Cerai, Masih Suami Isteri

 Pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusuf dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas selepas tiada lafaz cerai dibuat pengarah itu.

BACA: “Simbolik Kehidupan Baru” – Elak Pakai Hitam, Puteri Sarah Tampil Serba Putih Jalani Proses Lafaz Cerai

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini, Syamsul Yusof membuat keputusan mengejut apabila tak jadi menceraikan isteri pertamanya.

syamsul yusof dan puteri sarah

Terdahulu, mahkamah syariah menetapkan tarikh 18 April (hari ini) untuk prosiding lafaz cerai pasangan itu selepas Syamsul bersetuju melepaskan Puteri Sarah dengan cara baik.

Peguam kedua-dua belah pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian melibatkan terma-terma tertentu. Antara terma yang dipersetujui adalah adanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Tapi hari ini lain pula yang jadi?

Kredit: Kosmo!


Comments