- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Ahli perniagaan yang juga influencer terkenal, View Chin dilihat telah kembali aktif di laman media sosialnya.
Sebelum ini, View Chin ada menyatakan bahawa perniagaan yang dijalankan tak dapat berjalan ekoran isu yang melanda dirinya dengan bekas isteri iaitu Shermine Hau atau lebih di kenali dengan nama Ah Moi dan juga pekerjanya Mira.
View Chin mengambil keputusan untuk berehat seketika memandangkan isu sedang panas.
Setelah View Chin cuti lama ekoran isu yang melanda termasuk cuti hari raya, View Chin kini telah kembali ke pejabatnya.
Menerusi satu entry di Ig story, View Chin muatnaik video sudah kembali masuk ke pejabatnya.
Video itu menunjukkan View Chin sedang berjalan menaiki tangga pejabatnya.
Dari caption, View Chin menulis bahawa dia memang dah lama tak balik ke pejabatnya itu.
“Rasanya dah lama tak balik ke office.” Tulis View Chin.
Apa yang menariknya View Chin menunjukkan tangga di pejabatnya sambil menulis hashtag tangga.
Ini videonya.
Tangga sememangnya sinonim dengan kisah View Chin dan juga Mira seperti yang didedahkan oleh bekas isterinya Ah Moi.
Ini kerana ada beberapa mesej View Chin kepada Mira ada menyatakan mahu berjumpa di tangga.
Kisah tangga ini juga telah menjadi bahan hiburan content creator yang lain.
Dari temubual terdahulu, View Chin berkata, selepas cuti raya ini, syarikatnya akan kembali beroperasi dan dia akan kembali berusaha keras untuk perniagaannya itu.
Ahli perniagaan yang pernah merangkul beberapa award dalam bidang perniagaan ini akui, kisah yang melanda dirinya itu telah membuatkan syarikatnya serta business yang dibina sekian lama, kini mengalami kerugian yang agak besar.
Untuk info, syarikat milik View Chin iaitu View Fashion merupakan perniagaan yang fokuskan penjualan pakaian wanita muslimah dengan menyediakan saiz yang besar.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment